Search The Content

Memuatkan ...

Khamis, 4 Februari 2010

PTPTN

Salam Semua,,

Hari ini dah 3.1.2010..Maknanya dah 1 bulan lebih aku tunggu  duit loan dari PTPTN..Banyak benda yang aku nak buat sekarang ni terbantut kerana pihak yang aku kategorikan sebagai haram kejadah ni..WEHH,DUIT KITORANG BILA NAK BAGI??,,..MANA DUIT KITORANG,APASAL LAMABAT SANGAT,KALU BAB SURUH BAYAR NI,LAJU JE KORANG  KAN..KORANG MEMANG MENATANG LAH..DAH SEBULAN NI...BODOH..KE PAK-PAK MENTERI YANG AMBIK DUIT KITORANG BUAT BELANJA KAHWIN DENGAN ARTIS N JOLI SANA-SINI..

Aku bukan suka-sangat keluarkan perkataan yang tidak senonoh ni kat blog aku ni..Tapi kalu dah tahap melampau dan kesabaran aku telah melepasi hadnya,ni lah jadinya..Aku bukan apa,aku terlalu kecewa dengan pihak PTPTN..Bukan aku sahaja aku rasa yang kecewa dengan sikap PTPTN ini..Ramai tapi mereka tidak tahu untuk diluahkan pada pihak mana..Nasib baik aku ada blog ni..HUHUHU

Sepanjang 2 tahu aku pinjam dengan pihak PTPTN ni,aku rasa nak senaraikan beberapa perkara yang mengikut pandangan aku..


  1. Bagi pinjaman lambat tapi suruh bayar cepat..Dan ada sahaja syarat-syarat mengarut yang diorang buat bagi menakutkan kita untuk suruh kita bayar..Damn PTPTN..
  2. Bagi mak bapak pelajar yang bergaji RM3000 ke atas,pinjaman akan diberikan hanya separuh dari jumlah bagi pelajar lain..WEHH,TU MAK BAPAK DIORANG YANG KAYA,BUKAN DIORANG..kALAU MAK BAPAK DIORANG JENIS ZALIM,TAK KASI DUIT,TAK KEBULUR PELAJAR TU NANTI..BODOHLAH PTPTN NI!!!
  3. Nak diluluskan pinjaman ni,susah giler..
  4. Dah laa ada bunga bila nak bayar nanti,,tak ke haram namanya ke tu..Pastu,duit bunga tu pak-pak menteri yang ambik beli keta baru..aku bukan nak sangat pinjam ngan PTPTN ni,tapi dah terpaksa..
  5. Dah ramai ulama yang kata PTPTN ni haram..Berapa ramai pelajar-pelajar yang tak suka PTPTN ni..Aku rasa ramai giler..

Banyak lagi benda yang aku nak senaraikan di atas tentang PTPTN,tapi aku kena bersiap-siap untuk pergi praktikal pulak..kalu sempat malam ni pulak aku sambung..

P/s:banyak dosa aku terhadap PTPTN ni,,HUHUHUHU

Jumaat, 29 Januari 2010

PTPTN-MengaPA lewat Sangat??...

Salam,,

Setan punya PTPTN(sebenarnya banyal lagi nak mencarut,huhu),kedengaran agak kasar kan,,namun itulah isi hati aku yang sebenarnya..Perasaan yang aku rasa membuak2 ingin diluhkan namun aku tidak tahu untuk melepaskan amarah aku pada pihak mana,,Jadi,aku mengambil pendekatan bersabar(wah,wat alim,,huhu)..

Tapi,aku rasa bagi korang yang loan PTPTN nya x masuk2 lagi,mesti sama je perasaan korang dengan aku kan..Bagi korang yang tidak skema,,mesti dah berbuih-buih mulut korang sumpah-seranah PTPTN ka,kan,kan...Jgn tipulah(huhu)..N,bagi yang skema,mesti korang pendam je kan lam hati korang(saje wat andaian,hahah)..

Stop..sekarang masa untuk serius pulak..No joke2..OK..Aku rasa aku dah tunggu pinjaman PTPTN  ni kat sebulan dah..Hari2 aku pergi check balance kat ATM..Dan,setiap kali aku check dan melihat baki akaun masih sama,,korang pun mesti tahu kan perasaan aku..

Honestly,aku betul2 terdesak nak guna duit pinjaman ni..Banyak benda yang hendak beli dan buat dengan duit ni,,dan sekarang ni,aku betul2 pokai!!!..Weh,PTPTN,bila korang nak bagi duit..Suruh bayar  cepat,ada saje syaratnya,,tapi kalu nak bagi pinjam tu,lembap tahap natang..Bagi pinjam lamabat!!Korang buat apa yang lambat sangat ni,korang guna dulu ke duit ni..Setan punya PTPTN..Weh,korang ingat kitorang ni anak2 datuk belake ke..Masing2 terdesak nak guna duit..masing2 ada banyak benda yang hendak dibuat dengan duit pinjaman ni..Kalu ada apa2 yg terjadi,,korang nak bertanggungjawab ke..Koarng mesti lepas tangan punya..Kerajaan kan..

Tolonglah cepat bagu duit pinjaman kepada kitorang..Dah terseksa tahap dewa ni...PTPTN,korang ni memang shit betul lah...Bukan aku nak mencarut dan cakap benda yang bukan2,tapi kalu kesabaran dah tahap maksima ni lah jadinya..N,kepada korang nak check bila pinjaman masuk,klik link di bawah..

www.ptptn.gov.my
(download dulu jadual,but pastiakn ada software adobe reader)

P/s:Tolong lah..PTPTN

Isnin, 25 Januari 2010

Tips Membeli Latop

Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai laptop kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.

Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah.

Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan.

Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz, C2D, Quad Core processor dll , 1GB RAM hingga 4GB Ram, 120 GB – 1Tb Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.

Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut:

Kegunaan

Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan.

Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card – Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.

Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.

Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MBĂ‚ dan seterusnya.

Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan.

Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.

Layout

Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.

Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.

Service yang disediakan dan alatganti

Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan service yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaiki dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat home collection and home delivery sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari.

Sumber dari http://www.amzanimokhtar.com